Saturday, September 3, 2016

Truskin Aesthetic Beauty House


Sebelum ni ada cakap nak share pasal facial dekat satu tempat kat penang ni.Aku pun first time try.Nad dok cita dia g try kat Herbaline best n murah.untuk student waktu weekdays only rm50,murah kan.Pojah si adik angkt Nad yang suggest kan TruSkin ni sebab murah je kalau guna Groupon. So nad bagitau aku n aku tengok kat Groupun dia punya package ok and Berbaloi dengan harga.Untuk seorang Rm37 untuk dua orang jatuh seorang RM35,murah kan..
Dekat Groupon still ada lagi promotion tu,yang nak try boleh g booking dekat Groupon.


Kat atas tu hampa nampak dak?so boleh p search kat Groupon tulis Truskin nanti dia keluar.Nampak dia tulis 2 Hr so memang lama gak kan,best kan orang dok main muka lama2 hehe...


Okay mai nak tunjuk rupa dari luar supaya nanti nak cari senang kan. So ni rupa dari luar. Terletak tepi jalan ja.



Ni dalam dia,simple tapi cantikja.


Ni bilik facial dia.Ada dua katil, dalam satu bilik ni.so kalau pergi dua orang,memang elok la.


Okay mai kita crita sikit ae.Kalau malas nak bukak website groupon tu mai aku crita kat sini.
hampa bleh tengok harga asal dia brapa.untungkan kalau guna Groupon ni.

The deal
  • Package for 1 person for RM38 instead of RM218
  • Package for 2 people for RM70 instead of RM436
2-hour package includes
  • Consultation
  • Cleanse
  • Scrub
  • Steam
  • Extraction
  • Microdermabrasion machine treatment
  • Facial massage
  • Ultrasound machine treatment
  • Mask (choose 1):  
  • - Hydrating 
  • - Firming 
  • - Whitening
  • Shoulder and neck massage
  • After skincare application


Untuk pakej ni dia pakai dua mesin.setiap kali dia nak buat apa or dia letk apa2 dekat muka dia kan bagi tau. Macam hari tu untuk mask aku tak choose pun,dia yang letak kan.Untuk dia letak kat muka dia tengok jenis muka kita dulu so dia sesuaikan dengan produk yang dia guna tu. Waktu dia buang blackhead,whitehead and jerawat tu bagi yang tak biasa dok buang2 maybe agak sakit la sebab dia picit kan.tapi dia akn tanya okay ke tak.hehe..kita memang cakap okay je la kan. Tap[i overll memang berbaloi tau untuk first trial ni.
A



Ni lepas dah habis facial dah.








cermin besar dok ada cun ja,mesti la kna ambil gmbr kan.

Dah pekena facial p mengemukkan diri pulak kat Boat noodle.Muka bahagia dapat makanan.aku ni memang suka makan,Nampak makanan rasa bahagia sangt.tu Muka lepas buat facial.Tak dak lah jadi macam Nora Danish kan.Still jadi widad lagi la,



 Nad muka apa ni nad??sronok makan ka?Muka budak nak konvo dah.Cun la konvo ni.Thanks Nad bawak iouls jalan2 semua..lebiuu..

okay bagi hampa yang nak p Truskin Aesthetic Beuty House tu hampa boleh amik alamat ni 

5A, Jalan Raja Uda, Pusat Perniagaan Raja Uda, Butterworth 12300 


Yang tu ja cerita sampai setakat ni..Thanks for reading..<3 b="">

Tuesday, August 30, 2016

natural facial mask (home made)



 Assalamualaikum semua...sapa dekat sini suka buat homemade facial mask?? kita geng....
Aku bab benda2 mereka ni mmg aku suka sikit.aku suka benda yang natural dan jimat. Jadi untuk jaga kulit muka, aku suka buat mask. Dulu aku slalu buat mask telur putih.kalau nak buang whitehead and blackhead pun aku pakai telur putih buat bagi jadi macam boleh peel off gitu...sekarang untuk white head and blackhead aku gna vietnam mask,tapi dia ada bau yang kurang menyenangkan sikit.

okay,cita pasal facial mask yang aku buat ni,aku guna bahan2 yang ada dekat rumah ja supaya mudah kan kerja aku. Boleh tengok kat bawah ni bahan2 dia..jom tengok aku campur aduk kan apa.


  
Cuka epal lah antara bahan yang aku guna ni. Cuka epal ni untuk bantu mengilangkan jerawat dekat muka kita.cuka epal banyak lagi tau khasiat dia.nak kurus  pun bleh amalkan cuka epal.nak tahu details boleh tanya abg google kita.haha...
`


Cinamon atau kulit kayu manis.untuk jerawat jugak.ada cakap untuk untuk muka kelihatan awek muda la,untuk hilang parut and so on.hahah...yang aku tau cinamon ni bagus.so aku pun masukkan skali dalam mask ni. 




Minyak zaitun...Aku memang suka guna minyak zaitun,dalam masakan n untuk muka.kalau aku buat scrub pun mmg aku akan letak miyak zaitun sekali.buah zaitun pun mmg slalu ada kat rumah.makan ngn nasi bukan main sedap lagi.tapi sekarang ni cerita pasal minyak zaitun.apa kebaikan minyak zaitun ni??


Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:        
Makanlah minyak zaitun dan lumurlah minyaknya, kerana ia berasal daripada pohon yang penuh berkat. (Riwayat At-Tirmizi dan Ibnu Majah) 

Antara bagusnya minyak zaitun ini dapat hilangkan jerawat,melembapkan kulit,menganjal kan kulit.Nak details lagi??p google nah.jangan dok malas. 



so akhir skali jadi la gambar masker bawah ni apabila di campur kesemuanya...hehe..ni just simple2 ja n pakai bahan apa yang ada.


Mimpi ngeri tengok muka iouls.






Ni muka lepas dah basuk facial mask tu..pehal sama je weih???mesti la sama..bukan basuh-basuh jadi nora danish pulak kot kan..bila kita rajin jaga muka,kurang la sikit kusam dekat muka ni kan...okay sapa yang rajin bleh buat sniri tau.jimat duit hampa tau dak.next pos nak kongsi pasai facial pulak..


~Widad Rhaffor~

Sunday, August 28, 2016

Sambungan Raya Kedua





Assalamualaikum.hari tu dah buat Part 1 ni buat Part 2 pulak ye.untuk hari raya kedua, tradisi untuk family baba lepas arwah tok ayah meninggal,tradisinya buat pot luck setiap hari raya kedua.so hari raya  kedua akan ada tahlil n pot luck makan2 di rumah tok ayah.gambar tak banyak sangat.

hari raya kedua ni pun kawan2 baru nak mai rumah.malas nak crita panjang2,tengok gambar je lah ae.huhu.







maiesya,my niece..


ni kawan pertama datang untuk hari raya kedua.tercapai gak hajat nak datang ye naim..terima kasih sudi dtg rumah.

ni group yg kedua..hafizh n fadzil mmg lama gila aku x jumpa,n tak sangka ewan nak bawak depa ni mai rumah.sronok dapat jumpa kawan2 lama..terima kasih sudi mai raya rumah. =)


yang tu saja untuk crita hari raya ke dua ni,tak banyak sangat kan...hehe..ok...babai...assalamualaikum.










Monday, August 15, 2016

Raya ohh Raya (Part 1)

Assalamualaikum semua...
sekarang ni dah habis raya pun...tapi hari ni tiba2 rasa mood macam nak update blog walaupun zaman sekarang orang dah tak main blog2 ni dah,kisah apa aku...haha...rasa nak tulis balik blog..sebab apa??sebab blog ni mcm kenangan yang boleh tengok balik bila bosan2...blog ni dari aku skolah menengah lagi,so sayang sangat2 kalau biar berhabuk macam tu ja...

okay tak yah cakap panjang2...jom tengok gambar raya untuk tahun 2016 ni...


Ni gambar di pagi raya dengan anak sedara.selfie dlu sebelum solat hari raya..

Raya kali ni mama bg cadangan ke adik-bradik mama yang lain untuk raya di rumah nenek untuk mengulit kenangan raya zaman dulu..dah lama kami smua tak raya dekat rumah nenek.sejak arwah nenek dah tak ada,memang setiap kali raya akan raya dekat rumah and adik-bradik belah mama akan balik raya rumah aku.tapi tahun ni tukar,pagi2 raya family aku and family pak ngah gerak pegi rumah nenek untuk solat raya dekat surau depan rumah nenek.so lain sikit raya untuk kali ni.cik aku pun datang beraya rumah nenek jugak skali dengan paksu,rumah nenek ni paksu aku yang duduk.atas tu gambr rumah nenek.mengulit kenangan sangat.rindu arwah nenek dan arwah maksu.rumah nenek ni banyak kengan waktu aku kecik2 dlu...


ni dekat rumah nenek.cousin aku sorg ni memang selalu macam ni.pantang nampk camera mesti muka dia yang masuk.waktu aku tangkap aku tak tengok pun screen phne.Lepas dah tangkap tengok elok ja dia dok posing..pantang nampak camera.

ni my sister yang no 3..

kiri my sister no 3 yang tengah my sister no 2.muka sama ka??rasa muka smua tak da yang photostat..

anak cousin,munira aurora yang sangt cute.

duduk kejap dah tetido..penat la tu.

lepas balik dari rumah nenek..bising dekat group budak sorg ni ajak pegi rumah dia.malam sebelum raya punya tak bagi kita g.pagi raya ni dok kalut wasep sruh pegi.memandangkan kat rumah macam lengang..so aku pun ajak yang lain pegi rumah idham ni.dekat ja rumah dia.tak smpai 10 minit pun dari rumah aku.
ni first time kami g raya rumah dia.cikgu asyikin aka mak idham,ramah orangnya...haha..best raya rumah dia ni sebab mak dia jamu jeruk..i likeee..


masing2 dok bersiap nak tangkap gambr..time ni lah nak pakai sampin punnn..

ni lah hasil gambrnyaa..dah lama dok tgk gazebo ni.so dapat la tangkap gambr kat gazebo ni,,yang ukir2 tu ayah idham buat sniri.biasa la lectr seni mmg la berseni kan.tapi anak dia tak berseni langsung.

dekat rumah idham aku dok kalut tanya rumah sapa buat laksa...duan cakap rumah tok malin slalu setiap tahun memang wajib ada laksa..tengok2 memang betul pun.so sampai lah kami dekat rumah tok malin.


lepas aku balik..aku pulak terima kunjungan dari kawan2 aku..ni semua kawan2 waktu skolah menengah.semua kawan2 rapat yang membesar sama2.acehh..
tapi sesat sorg orang gila yang buat rumah org macam rumah dia sniri.memang biasa dah ngn perangai dia ni..

ni lah tetamu aku pada hari ni...sronok lalan yang lama tak jumpa mai rumah aku..





ni hasil tangkapan dekat luar rumah.


cousin



after yang lain dah balik,cik n family mak ngah nak g rumah kak soad..so gerak g rumah kak soad pulak petang raya first ni.

mak2 sdara & cousin

last gambar di rumah kak soad..

sampai sini saja crita untuk raya pertama untuk tahun 2016.malam raya pegi rumah mak ndak tapi tak da gamabr.ni ja gamabar yang ada.nanti rajin update part 2 pulak..huhu..