Saturday, January 7, 2017

~ Laila Fabrika ~



Assalamualaikum semua..

Petang-petang macam ni bosan duduk saja, padahal paper final isnin ni paper core tapi boleh dok buat relaks lagi. Sebab kan bosan tak tahu nak study apa. Nak cita sikit pasal Laila Fabrika.

Bagi orang-orang yang selalu dok cari-cari kain atau ada buat shawl ke apa mesti tahu kan pasal Laila Fabrika ni. Laila Fabrika ni famous dengan kain. Aku pun mula kenal Laila Fabrika waktu aku start jual shawl dulu. Dulu waktu buat shawl kan dok search pasal kain semua. Dok tengok jenis kain la,kualiti kain la jadi jumpa la dengan Laila Fabrika ni. Tapi waktu zaman tu Laila Fabrika tak jual untuk meter yang sikit lagi,time tu jual dalam kuantiti meter yang banyak. Jadi waktu tu bagi yang baru nak mula bisnes dgn modal yang sikit agak susah la. 

Tapi.. Penghujung tahun 2016 hari tu Laila Fabrika mula memperkenalkan website diorang untuk pembeli yang nak membeli secara meter yang boleh dibeli dalam kuantiti meter yang sikit macam 1 meter ka kan. Diorang memperkenalkan dengan nama Laila Textile. Jadi semua orang dapat beli kain di Laila Fabrika. Sekarang dah tamat dah promosi free shipping..Tapi kan boleh lagi nak dapat free shipping tau... Dengan pembelian RM100 dan keatas layak dapat free shipping.. Jadi kakak2 yang don buat shawl sendiri boleh beli dekat Laila Fabrika ni. Mudah tau, tunggu depan rumah ja kain dah sampai tau. Tak perlu keluar start enjin kereta semua. Lagi satu sekarang ni Laila Fabrika tengah buat promosi. Rugi kalau tak grab ..











Kakak2 Boleh tengok di website Laila Textile untuk tengok jenis-jenis kain dan cara pembelian. Okay selamat shopping semua. =)

Thursday, January 5, 2017

~Selamat Tahun Baru~

 Last posting bulan 9,2016,mai yang ni dah masuk 2017 dah. Jangan buat main-main dengan masa sekarang ni.Memang cepat ja berjalan.

Tapi rutin aku setiap kali new year macam biasa la,hadap dengan minggu final exam untuk sem 1.Tapi ni new year ter akhir nak kena hadap final exam.Next New Year dah habis study dah hahah..Tu pun InsyaAllah kalau tak sangkut paper..

Untuk suasana blaja sem ni berbeza sikit dengan sem2 sebelum ni sebab sem ni pindah ke tempat baru,jadi tempat blaja selesa la sikit nak banding dengan sem2 sebelum ni,tapi katil dgn meja study bersebelahan.. Memang nak bagitau dia mengugat nafsu ke imanan sikit la bila katil sebelah meja study..haha..waktu study kna halau banyak2 syaitan yang nak suruh tidoq tu..haha


Ni lah meja studynya,mesti la semak kan sbb mggu final..acehh..padahai minggu tak final semak serupa tu jugak.haha..ni gambar baru ambl ja.esok ada paper image processing,sekarang boleh dok relaks lagi tulis blog.time ada masa free tak mau dok tulis pulak kan...


Ni katil yang bersebelahan meja study tu..seb baik tilam tak tebal ja.kalau tilam tebal bertambah mengancam..kena ambl gambar boh dalam ni.nanti nak habis study dah.habis ni boleh la tengok2 balik kan gambar ni.okay dah boleh nak p sambung study dah..ni mai nak amik mood ja,dah dapat mood nak kena p study cepat2..


~widadrhaffor~